NAMA AHLI KUMPULAN :- Nur Umairah Bt Abdul Wahab 10DAT15F1029 Nurfazleen Aziera bt Jamil 10DAT15F1107 Erra hazirah Bt Burhanudin 10DAT15F1071 |
Tuesday, 9 February 2016
Friday, 5 February 2016
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN ISLAM
DEFINISI PENGURUSAN ISLAM
Di dalam pengurusan dalam Islam,terdapat beberapa sarjana-sarjana islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya :-
1. Ahmad Ibrahim Abu Sin
Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.
2. Professor Syed Othman Alhabshi
Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
3. Muhammad Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
KONSEP
PENGURUSAN ISLAM
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Tiga Prinsip Pengurusan Islam yang penting ialah :-
- Demokrasi
- Syura
- Delegasi
-Demokrasi
Demokrasi ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat dan mempertahankan hak.Namun demikian Islam menekankan kewajipan tentang memelihara hak masyarakat. Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak dengan mewajibkan setiap individu bersifat benar, jujur, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan adil dalam pengurusan. Umat Islam mesti menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah seperti bohong, mungkir janji, mengampu dan sebagainya.
-Syura
Prinsip syura dalam pengurusan merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama. Prinsip ini akan memperkukuhkanlagi demokrasi, sifat amanah, benar dan ikhlas dalam diri individu.
-Delegasi
Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan, dan minat seseorang di dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan atau ketua. Orang yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dan membuat keputusan dengan amanah tetapi tanggungjawab sepenuhnya masih disandang oleh pihak pengurusan.
PRINSIP PENGABDIAN ( al-'Ubudiyyah )
Link :-http://lib.kedah.uitm.edu.my/
Ubudiyah ialah menjadi hamba Allah yang sentiasa memastikan kehidupannya berpandukan kepada hukum-hukum yang ditetapkan dengan melaksanakan apa yang diperintahkan dan berusaha meninggalkan apa sahaja larangan dan tegahan-Nya.
"Dan ingatlah,Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan tidak beribadah kepadaKu "
( al-Zariyat : 56 )
PRINSIP KEADILAN ( al-Adalah )
Maksud Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubhat dengannya. Ia juga bermaksud penderian yang lurus dan seimbang berasaskan kebenaran. Al-'adalah ialah bercakap benar, jelas, kejujuran, menjauhi yang haram, memelihara diri dari dosa, menjauhi syubhat dan sebagainya
(al-Mawardi ).
"Sesungguhnya Alllah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat"
( al-Nahi : 90 )
Aplikasi keadilan dalam pengurusan
1. Membuat keputusan
Sebelum membuat keputusan berkaitan dengan dengan sesuatu perkata kita seharusnya melihat dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan tersebut. Ini bagi mengelakkan sesuatu keputusan yang akan menyebabkan kita menyesalinya.
2. Pengucapan
Keadilan dalam pengucapan bermaksud kita menyampaikan sesuatu perkara kepada golongan-golongan tertentu mengikut kemampuan penerimaan mereka.
3. Keadilan terhadap Allah
Kita tidak boleh syirik kepada Allah s.w.t iaitu dengan mengakui kewujudan tuhan lain selain Allah s.w.t. Dosa syirik adalah dosa yang paling besar dan tidak diampuni oleh Allah s.w.t.
4. Timbangan dan ukuran
Sesuatu perniaga yang melibatkan timbangan atau ukuran hendaklah menjauhi daripada penyelewengan terhadap nilai timbangan dan ukuran.
Keadilan juga mesti dilaksanakan dalam :-
- urusan persendirian
- menguruskan harta
- pertuturan
- perbicaraan dan penghukuman terhadap mereka yang tidak sependapat
BENTUK-BENTUK KEADILAN :-
- Keadilan dalam bentuk bersamaan
Sesebuah organisasi hendak melaksanakan keadilan dalam bentuk bersamaan seperti mendapat bonus tahunan, hak bercuti dan sebagainya.
- Keadilan dalam bentuk yang berbeza
Apa yang dimaksudkan dengan keadilan dalam berbentuk berbeza ialah setiap semua berhak untuk diberi gaji oleh majikan mereka, tetapi terdapat perbezaan dalam jumlah gaji yang diberikan oleh majikan berdasarkan kelulusan yang diperolehi dan tanggungjawab yang diberi .
-Keadilan dalam bentuk hak keistimewaan
Hak keistimewaan yang diberikan kepada individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya kepada organisasi.
PRINSIP PERSAMAAN ( al-Musawah )
Persamaan yang dimaksudkan ini ialah mengenai persamaan taraf dan kedudukan di sisi undang-undang dan status kemanusiaan setiap pentadbir, pengurus atau individu dalam memperolehi hak-hak asasi mereka.
Manusia seharusnya sama dari segi :-
-Tanggungjawab terhadap undang-undang
Iaitu setiap individu atau majikan atau pekerja hendaklah bertanggungjawab mentaati segala undang- undang yang diwahyukan.
-Tanggungjawab terhadap hukuman
Kesalahan yang dilakukan hendaklah ditanggung oleh pesalah tersebut dan tidak boleh ditanggung oleh orang lain.
-Agihan dan penerimaan kemudahan.
PRINSIP KEBEBASAN ( al-Hurriyyah )
"Tidak ada paksaan dalam beragama"
(al-Baqarah : 256 )
Prinsip kebebasan ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:-
1)Kebebasan beragama
Kebebasan beragama bermaksud agama Islam tidak memaksa seseorang untuk menganutinya sebaliknya terpulang kepada individu tersebut.Tetapi andaikan kita telah memeluk Islam maka wajib kita mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan tidak dibenarkan keluar dari agama Islam.
2)Kebebasan Diri
Kebebasan diri bermaksud seseorang itu berhak melakukan perkara-perkara yang disukai olehnya sama ada cara pemakaiannya, cara hidupnya. Selagi mana kesukaan itu tidak melanggar undang- undang agama ataupun Negara maka individu tersebut bebas melakukannya.
3) Kebebasan Bersuara dan Mengeluarkan Pendapat
Seseorang individu berhak untuk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya.Sama ada pendapatnya akan diterima atau tidak terpulang kepada pendegar.Namun begitu jika kata-katanya boleh menimbulkan keadaan huru hara disesebuah Negara,maka kebebasan tersebut mungkin terhalang.
4) Kebebasan Bergerak dan tiada pembatasan untuk bergerak
Seseorang itu berhak bergerak kemana-mana saa ada bertujuan untuk bercuti, sambung belajar, berniaga atau sebagainya. Namun begitu jika tujuan bergerak untuk melakukan kejahatan adalah dilarang.
5)Kebebasan Mencari dan Memiliki Harta
Islam sama sekali tidak menghalang untuk mencari harta, malah Islam mengalakkan umatnya supaya berkerja sehingga mampu mengeluarkan zakat bagi membantu orang -orang miskin.
PRINSIP AKAUNTABILITI ( al-Mas'uliyyah )
- Bermaksud bertanggungjawabterhadap apa yang diamanahkan.
- Bertanggungjawab kepada Allah
- Bertanggungjawab terhadap pihak atasan.
- Syura adalah satu proses perbincangan, perundingan dan permesyuaratan untuk mencapai permuafakatan dan persetujuan bersama dalam membuat sesuatu keputusan.
- Nabi Muhammad SAW telah mengamalkan syura dalam pentadbiran dan pengurusan Baginda demi mencapai keputusan yang terbaik.
- "Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) , apabila telah tetap keazaman maka bertawakkalla kepada Allah"
(Ali Imran : 159 )
Dua skop syura dalam pengurusan Islam.
-Perlantikan khalifah
Majlis syura berperanan untuk menentukan siapakah yang akan menjadi khalifah selepas kewafatan baginda rasulullah s.a.w.
-Membuat sesuatu keputusan
Syura adalah institusi tertinggi didalam tanzim haraki bagi jemaah.Adalah sesuatu yang dituntut sebelum melahirkan sesuatu keputusan untuk dimesyuaratkan.Perbezaan system syura dan mesyuarat dalam sistem demokrasi di Barat.
Syura diertikan sistem rundingan bukanlah memaksudkan kedaulatan ada pada insan, bahkan kedaulatan dalam sistem syura ada pada Allah.Selepas itu kedaulatan ada pada hukum syarak.Syura berlaku dalam pemilihan pemimpin tertinggi dan juga pemimpin bawahan.
Manakala Barat meletakkan kuasa mesyuarat kepada manusia.Oleh yang demikian apabila manusia tersebut mempunyai kuasa yang besar maka keputusannnya pasti menjadi persetujuan yang lain.
Syura sebagai system yang bersifat kualitatif dan tidak melibatkan pemilihan umum.
Manakala secara barat moden dimana pemilihan bersifat kuantitatif .Kemenangan akan dicapai berdasarkan jumlah majoriti undi yang dipersetujui.
Dua skop syura dalam pengurusan Islam.
-Perlantikan khalifah
Majlis syura berperanan untuk menentukan siapakah yang akan menjadi khalifah selepas kewafatan baginda rasulullah s.a.w.
-Membuat sesuatu keputusan
Syura adalah institusi tertinggi didalam tanzim haraki bagi jemaah.Adalah sesuatu yang dituntut sebelum melahirkan sesuatu keputusan untuk dimesyuaratkan.Perbezaan system syura dan mesyuarat dalam sistem demokrasi di Barat.
Syura diertikan sistem rundingan bukanlah memaksudkan kedaulatan ada pada insan, bahkan kedaulatan dalam sistem syura ada pada Allah.Selepas itu kedaulatan ada pada hukum syarak.Syura berlaku dalam pemilihan pemimpin tertinggi dan juga pemimpin bawahan.
Manakala Barat meletakkan kuasa mesyuarat kepada manusia.Oleh yang demikian apabila manusia tersebut mempunyai kuasa yang besar maka keputusannnya pasti menjadi persetujuan yang lain.
Syura sebagai system yang bersifat kualitatif dan tidak melibatkan pemilihan umum.
Manakala secara barat moden dimana pemilihan bersifat kuantitatif .Kemenangan akan dicapai berdasarkan jumlah majoriti undi yang dipersetujui.
PRINSIP KUALITI ( Itqan )
Kerja yang sungguh-sungguh menggambarkan kesempurnaan iman dan taqwa, ketulusan hati, keluhuran budi dan kemuliaan akhlak yang semua sifat-sifat ini akan dikira oleh Allah dalam menentukan amal hambaNya diterima atau sebaliknya.
PRINSIP KEPATUHAN ( al-Ta'ah )
Iaitu mengikut segala arahan yang telah dikeluarkan oleh majikan selagi mana tidak menentang hukum Allah. Hukumnya adalah wajib.
Dalil yang berkaitan dengan kepatuhan, firman Allah s.w.t “ Taatlah kepada Allah, kepada Rasulullah dan kepada ketua-ketua kamu "
"Ambil dari dunia sesuatu yang dapat jadi bekal untuk akhirat nanti dan jangan mengambil dari dunia sesuatu yang dapat menghalangi anda di akhirat nanti "
Subscribe to:
Posts (Atom)