Friday, 5 February 2016




PRINSIP PERSAMAAN ( al-Musawah )


Persamaan yang dimaksudkan ini ialah mengenai persamaan taraf dan kedudukan di sisi undang-undang dan status kemanusiaan setiap pentadbir, pengurus atau individu dalam memperolehi hak-hak asasi mereka.
Manusia seharusnya sama dari segi :-

-Tanggungjawab terhadap undang-undang
Iaitu setiap individu atau majikan atau pekerja hendaklah bertanggungjawab mentaati segala undang- undang yang diwahyukan.

-Tanggungjawab terhadap hukuman
Kesalahan yang dilakukan hendaklah ditanggung oleh pesalah tersebut dan tidak boleh ditanggung oleh orang lain.

-Agihan dan penerimaan kemudahan. 




PRINSIP KEBEBASAN ( al-Hurriyyah )


Setiap individu diberi hak, peluang, dan pilihan untuk beragama , berfikir, bersuara, mencari harta, menuntut ilmu, bergerak dan sebagainya mengikut batas-batas yang dikuatkuasakan. 


                        "Tidak ada paksaan dalam beragama"
                                                                 (al-Baqarah : 256 )





Prinsip kebebasan ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:-

1)Kebebasan beragama

Kebebasan beragama bermaksud agama Islam tidak memaksa seseorang untuk menganutinya sebaliknya terpulang kepada individu tersebut.Tetapi andaikan kita telah memeluk Islam maka wajib kita mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan tidak dibenarkan keluar dari agama Islam.

2)Kebebasan Diri

Kebebasan diri bermaksud seseorang itu berhak melakukan perkara-perkara yang disukai olehnya sama ada cara pemakaiannya, cara hidupnya. Selagi mana kesukaan itu tidak melanggar undang- undang agama ataupun Negara maka individu tersebut bebas melakukannya.

3) Kebebasan Bersuara dan Mengeluarkan Pendapat

Seseorang individu berhak untuk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya.Sama ada pendapatnya akan diterima atau tidak terpulang kepada pendegar.Namun begitu jika kata-katanya boleh menimbulkan keadaan huru hara disesebuah Negara,maka kebebasan tersebut mungkin terhalang.


4) Kebebasan Bergerak dan tiada pembatasan untuk bergerak

Seseorang itu berhak bergerak kemana-mana saa ada bertujuan untuk bercuti, sambung belajar, berniaga atau sebagainya. Namun begitu jika tujuan bergerak untuk melakukan kejahatan adalah dilarang.


5)Kebebasan Mencari dan Memiliki Harta

Islam sama sekali tidak menghalang untuk mencari harta, malah Islam mengalakkan umatnya supaya berkerja sehingga mampu mengeluarkan zakat bagi membantu orang -orang miskin.



                                           

No comments:

Post a Comment